Sekolah ini telah ditubuhkan pada 16 Januari 1967
dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Salak South (S.R.K Salak South).
Disebabkan tidak mempunyai bangunan sendiri, sekolah ini hanya menumpang
menggunakan S.R.J.K (c) Salak South Baru sesi petang. Bangunan yang ditumpangi
itu pula hanya sebuah bangunan satu tingkat beratap zink yang telah dibina pada
sekitar tahun-tahun lima puluhan.
Kakitangan sekolah pada ketika itu hanyalah terdiri
daripada seorang guru besar, lima orang guru dan seorang kerani. Manakala
bilangan murid yang berdaftar pada ketika itu adalah seramai 182 orang yang
diletakkan ke dalam empat buah kelas Darjah 1. Kebanyakan murid tinggal di
sekitar kawasan Salak South Baru di mana latar belakang penduduk adalah terdiri
daripada kaum buruh.
S.R.K Salak South hanya mempunyai tapak dan bangunan
kawasan bukit di Taman Salak South. Dengan Keluasan 5.376 ekar, premis sekolah
ini terletak pada jarak 11 km dari Kuala Lumpur. Binaanya pula terdiri daripada
tiga buah blok bangunan batu berbumbung asbestos yang dinamakan Blok A,B dan C
serta sebuah bangunan kantin.
Bilangan murid-murid yang belajar di sekolah ini
terus bertambah tahun demi tahun sehingga sekolah ini perlu dijalankan melalui
dua sesi di bawah satu pentadbiran. Dengan bilangan murid-murid yang terus
meningkat, sebuah lagi blok bangunan satu tingkat telah dibina menjelang
penghujung tahun 1983. Bangunan yang bertaraf sementera itu telah dibina dalam
satu program Rancangan Kilat yang menyediakan 6 buah lagi bilik darjah.
Pada tahun 1997, bangunan tambahan tersebut telah
dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah lagi bangunan baru
empat tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah. Bangunan ini mula
digunakan sepenuhnya pada bulan Januari tahun 1999.
Di antara kelengkapan-kelengkapan semasa yang terdapat di sekolah ini termasuklah sebuah Bilik Komputer, Pusat Sumber, Klinik Gigi, Kedai buku dan surau.
Di antara kelengkapan-kelengkapan semasa yang terdapat di sekolah ini termasuklah sebuah Bilik Komputer, Pusat Sumber, Klinik Gigi, Kedai buku dan surau.
Pada tahun 2008 sebuah lagi bangunan baru dua blok
telah dibina di bahagian padang sekolah. Blok baru itu adalah terdiri daripada
12 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat pentadbiran, Makmal Sains,
Pusat Sumber, Bilik Kesihatan, Bilik Kemahiran Hidup, Pra Sekolah, Bilik J-Qaf,
Bilik Kaunseling dan lain-lain. Sebuah Padang yang sederhana besar juga telah
disediakan di bahagian hadapan sekolah.
Pada awal 2009, perpindahan ke bangunan baru telah
dijalankan. Dengan perpindahan tersebut dapatlah warga S.K Salak South belajar
dalam keadaan yang lebih selesa dan sempurna